GET ANSWERS AT ESSAYLINK.NET
Rate this post
Sungai Jelai tetap seperti biasa. Seperti dulu juga. Lima bulan saja airnya sejernih kaca. Lima bulan kemudian airnya keruh likat. Dua bulan pada setiap tahun pula kadangkala air sungai Jelai hingga melimpah tebing.
Pagi itu sungai Jelai, airnya keruh berlumpur mengalir ke hilir. Segala sampahsarap, buih, najis, bangkai, tanah, pasir, buah, bunga, kayu, buluh, rotan turut hanyut ke hilir. Kadangkala balak juga turut hanyut ke hilir. Burung Belibis dan layang-layang gua berterbangan di atas sungai, lebih kurang semeter dari aras air yang mengalir deras itu. Derunya membimbangkan. Pohon-pohon jambu air yang kukuh di tebing sedang berbunga. Murai bersiul riang di dahan jambu air dan di atas pokok-pokok kecil di pesisir tebingnya. Biawak sungai meniarap di atas tebing sambil lidah bercabangnya itu dijulurkan keluar menandakan perutnya lapar, menanti anak ayam turun mengais ulat dan cacing di pinggir tebing.
Dari panorama itu menandakan kampungku sedang diamuk musim tengkujuh. Hujan turun dengan lebatnya pada sebelah malam tadi. Atap rumah nenek yang diperbuat daripada daun nipah bukit itu banyak tempatnya sudah teres. Terpaksa isteriku malam tadi berkecapi menadah air hujan yang jatuh di tengah-tengah rumah dengan beberapa buah besen ayan. Pagi ini kabus masih menebal dan udara lembap membalut tubuh membuatkan aku gian untuk membasahkan tubuh ini dengan air Sungai Jelai yang sejak kecil dulu, air itulah yang disiram oleh nenek ke tubuhku. Waktu kecil dulu aku ditelanjangkan oleh nenek sebelum dimandikan. Ah! Jika sekarang dalam usiaku 34 tahun ini bagaimana jika nenekku masih mahu menelanjangkanku untuk disiramkan dengan air sungai Jelai? Wow!
Aku masih menatap dengan puas hanyutan pelbagai benda dan sampah-sarap menghala ke hilir berkejar-kejaran. Berpintas-pintasan. Berlumbaan mengikut derasnya arus air sungai itu. Aku masih mahu katakan bahawa aliran air sungai Jelai yang mendewasakan aku ini masih tetap seperti dulu. Cuma aku yang sudah berubah. Cuma usiaku sudah meningkat. Aku perlu patuh pada aturan alam dan penghidupan. Aku dilahirkan. Aku dibesarkan daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Aku berkahwin, Ramlah nama isteriku. Aku memperoleh anak-anak yang comel dan nakal. Nama mereka hebat-hebat juga.
1. Jelaskan secara terperinci mengenai Bahasa Melayu Klasik dan huraikan perbezaannya dengan bahasa Melayu Kuno.
2. Huraikan secara ringkas pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
3. Jelaskan definisi kesantunan bahasa? Mengapakah kesantunan berbahasa penting dalam masyarakat di Malaysia?Berikan contoh.
Get Solution of this Assessment. Hire Experts to solve this assignment for you Before Deadline.
Hire an Expert
The post MPU2213: Jelaskan secara terperinci mengenai Bahasa Melayu Klasik dan huraikan perbezaannya dengan bahasa Melayu Kuno: Bahasa Kebangsaan Assignment, WOU, Malaysia appeared first on Malaysia Assignment Help.
GET ANSWERS AT ESSAYLINK.NET